Advertisement
Australia markets closed
  • ALL ORDS

    8,022.70
    +28.50 (+0.36%)
     
  • ASX 200

    7,749.00
    +27.40 (+0.35%)
     
  • AUD/USD

    0.6604
    -0.0017 (-0.26%)
     
  • OIL

    78.20
    -1.06 (-1.34%)
     
  • GOLD

    2,366.90
    +26.60 (+1.14%)
     
  • Bitcoin AUD

    91,755.57
    -4,023.18 (-4.20%)
     
  • CMC Crypto 200

    1,261.13
    -96.88 (-7.13%)
     
  • AUD/EUR

    0.6128
    -0.0010 (-0.16%)
     
  • AUD/NZD

    1.0963
    -0.0006 (-0.05%)
     
  • NZX 50

    11,755.17
    +8.59 (+0.07%)
     
  • NASDAQ

    18,161.18
    +47.72 (+0.26%)
     
  • FTSE

    8,433.76
    +52.41 (+0.63%)
     
  • Dow Jones

    39,512.84
    +125.08 (+0.32%)
     
  • DAX

    18,772.85
    +86.25 (+0.46%)
     
  • Hang Seng

    18,963.68
    +425.87 (+2.30%)
     
  • NIKKEI 225

    38,229.11
    +155.13 (+0.41%)
     

Panggil juruaudit awal beri penjelasan hutang 1MDB, kata DAP

Panggil juruaudit awal beri penjelasan hutang 1MDB, kata DAP

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) perlu memanggil firma audit, KPMG yang bertanggungjawab menyemak laporan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum diambil alih Deloitte Malaysia seperti yang dicadangkan Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed, kata Tony Pua.

Setiausaha publisiti DAP itu berkata, KPMG juga perlu dipanggil memberi penjelasan kepada PAC mengenai status kewangan syarikat itu sepanjang tempoh mereka mengaudit syarikat pelaburan negara itu pada tahun 2010 hingga 2013.

Katanya, laporan KPMG pada tahun 2010 membangkitkan satu "perkara yang perlu ditekankan" dalam 1MDB, kemudian memberikan maklum balas yang baik dalam beberapa laporan berikutnya.

1MDB mula membuat pelaburan pada tahun 2010 dengan syarikat Timur Tengah yang tidak dikenali, Petrosaudi International sebelum dananya ditempatkan semula secara misteri ke satu dana pelaburan di Pulau Cayman.

ADVERTISEMENT

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, pengakuan firma audit itu amat penting bagi menjelaskan perkara sebenar di sebalik hutang tertunggak RM42 bilion 1MDB.

"KPMG juga mampu memberi penjelasan kepada PAC sebab mereka meletakkan jawatan sebagai pihak audit 1MDB pada hujung 2013," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Nur Jazlan berkata audit luar, Deloitte Malaysia akan menjadi pihak pertama dipanggil siasatan PAC terhadap 1MDB kerana ia menjadi kebimbangan ramai pihak termasuk Bank Negara Malaysia.

Pua berkata, Sarawak Report melaporkan 1MDB memadamkan semua data sejarah dan email rekod komunikasi daripada semua komputer peribadi dan alat peranti milik kakitangan mereka selain dalam pengendali email mereka.

"Jika dakwaan ini betul dan tidak dinafikan 1MDB, maka rekod yang dikendalikan juruaudit amat penting bagi menentukan kedudukan sebenar syarikat," katanya.

Beliau yakin KPMG dan Deloitte akan mengambil langkah integriti terhadap semua dokumen yang dikendalikan selain perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan firma audit antarabangsa, Arthur Andersen selepas didapati mengubah dokumen audit mengenai syarikat tenaga yang gagal, Enron.

Katanya, cadangan PAC memanggil Deloitte adalah satu langkah bijak memandangkan firma itu mampu menjelaskan bagaimana 1MDB boleh berada dalam masalah kewangan yang sulit sedangkan laporan Deloitte pada 3 November 2014 mendapati syarikat itu tidak ada masalah sedemikian.

"Bagaimana keadaan kewangan syarikat seperti 1MDB boleh diisytiharkan sebagai 'sihat' dengan cepat dan kemudian menghadapi masalah kecairan tunai secara tiba-tiba," soalnya.

Katanya, berdasarkan laporan 1MDB mempunyai jumlah "tunai dan baki bank" sebanyak RM3.85 bilion pada masa sama 'menebus semula' US$1.1 bilion (RM3.9 bilion) pelaburan di Pulau Cayman.

"1MDB tidak mampu membayar semula pinjaman mereka dalam tempoh 30 hari selepas Laporan Audit ditandatangani. Saya yakin PAC sangat berminat untuk tahu kemana wang itu pergi," katanya. – 16 Februari, 2015.